News

#KomunitiAWANI 28 Jun 2019 menampilkan pelakon, Janna Nick sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Kita bermula dengan kisah dan falsafah ilmu seni mempertahankan diri, Silat Gayong yang semakin kurang difahami generasi kini. Kemudian, kita saksikan Persidangan Perubatan Alternatif 2019 anjuran Institut Kebudayaan, Kesenian dan Sains Fizikal untuk mempromosikan amalan perubatan alternatif. Selepas itu, kita lihat inisiatif Persatuan Eco Greater Melawati yang komited dalam usaha melestarikan Sungai Klang serta jadi pusat pengumpulan barangan kitar semula. Kita juga saksikan usaha Kerajaan Sarawak yang akan membangunkan industri penanaman buluh kerana potensinya untuk membesar dengan cepat.

Source : www.english.astroawani.com

Share Us :

Loading...